Saturday, November 21, 2009

al-kisah paku

sekadar ingin berkongsi..sebuah kisah yg agak menarik..silalah baca if u want to..tiada paksaan =)

terdapat seorang pemuda yang selalu memaki hamun ayahnya jika dia marah. lantas, suatu hari, ayahnya mencadangkan supaya dia memasukkan satu paku ke dinding setiap kali dia rasa marah. hari demi hari, dinding tersebut semakin penuh dengan paku. anaknya mula berfikir betapa banyak kalinya dia marah dalam sehari dan merasakan dirinya teruk. kalau begitu anakku, selepas ini, setiap kali kamu marah dan kamu dapat bersabar dengan kemarahan itu, cabutkan paku satu demi satu...hingga satu hari, anaknya berjaya mencabut semua paku yang ada di dinding itu bermaksud dia semakin dapat menahan kemarahannya. ayahnya berkata: 'tahniah anakku kerana belajar menahan kemarahanmu, namun, cuba kau lihat balik dinding tersebut...adakah lubang yang terhasil daripada perbuatanmu ketika marah itu dapat dihilangkan? begitulah juga perasaan orang yang kau guris setelah kau sakitkan hatinya dengan kemarahanmu, parutnya takkan hilang nak."

reminder for myself: terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata buruk padahnya...

No comments: